Palestin | Tekanan perlu diberikan ke atas Israel

2022-03-24 0

Tekanan harus terus diberikan kepada regim Zionis Israel dan sekutunya agar segera menghentikan serangan ke atas Palestin.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menegaskan, pihaknya bimbang sekiranya tekanan tidak diberikan, lebih banyak nyawa rakyat palestin akan melayang dibedil rejim Zionis.